Bismillah hir rahmanir rahim.....
tika aku keresahan
aku sering kebuntuan
mencari jalan penyelesaian walaupun ianya hanya sekecil-kecil permasalahan
diriku sentiasa sukar untuk membuat pilihan
selalu memohon bantuan
kadang-kadang malu sendiri kerana diri dalam kejahilan
ya Allah
adakah ini ujian
aku sentiasa mengajukan pertanyaan
tetapi sukar membuat tafsiran
kerana diri ini masih dalam pencarian
terasa tidak layak menerima ujian
kerana diri ini sentiasa dalam kehinaan
terlalu banyak dosa semalam
tetapi jika ini adalah ujian
berikan aku kekuatan
kerana aku sentiasa dalam kelemahan
ya Allah
diri ini terlalu mendambakan dorongan daripada teman
untuk mengadu segala kepedihan
kadang-kadang terasa ketandusan kasih sayang
sedangkan ku tahu aku tidak pernah keseorangan
kerana Engkau sentiasa memberi perlindungan
tetapi aku dahagakan nasihat daripada seseorang
yang boleh memberi sokongan
tetapi kadang-kadang sukar untuk mempercayai seseorang
kerana semuanya berkenalan bukan berdasarkan keihklasan
semuanya hanya lakonan
begitu sukar menjalinkan persahabatan atas dasar kepercayaan..
ya Allah
aku ingin menangkis segala kekeliruan
kerana sentiasa meragui sebuah perhubungan
yang dibina atas dasar kejujuran
atas dasar ketaatan
atas dasar kecintaan
atas dasar kerinduan
ku sedar semuanya hanya godaan
syaitan mahu aku kelalaian
lemah dalam perasaan
ya Allah
Engkau kukuhkan persahabatan kami atas dasar rindu dan cinta keranaMu
aku takut terputusnya persahabatan
kerana aku tidak mahu kehilangan mereka
ku takut berada dalam keseorangan,
terkapai-kapai dalam arus keduniaan,
aku mohon agar Engkau memberikan ketenangan
dengan mengilhamkan kepada mereka untuk menasihatiku
agar kekal di jalan dakwahMu
kadang-kadang aku terasa lemah bila ditimpa ujian
kerana mereka, aku masih kekal di jalan lurusMu
kerana mereka, aku berusaha mencari keredhaanMu,
kerana mereka, aku terus mendambakan cintaMu,
kerana mereka, aku tidak mahu rebah dalam menyampaikan dakwah RasulMu,
ya Allah,
walaupun kadang-kadang aku kecewa dengan kelemahan diriku,
tetapi aku tidak mahu kekurangan diriku penghalang buatku,
aku ingin menjadi seteguh Siti Maryam,
yang teguh menghadapi dugaan dan ujian,
walaupun sntiasa berada dalam kesusahan,
sentiasa tabah menghadapi ujianMu dengan ketenangan
berikanlah aku kekuatan agar sentiasa teguh dalam ujianMu...
Amin....ya robbal alamin....
No comments:
Post a Comment