sahabat....
tika diriku diuji dengan cacian
dirimu tidak lupa memberi sokongan
tika aku kesedihan
dirimu sedia memberi ketenangan
sahabat....
tika aku putus harapan
kau segera memberi kekuatan
tika aku melakukan kesilapan
kau segera memberi teguran
sahabat...
tika diri ini kekecewaan
kau hadir memberi ingatan
tika aku sedih mengenang dosa semalam
kau terus mengingatkan bahawa Allah akan ampunkan
sahabat...
hadirmu memberi sinar kehidupan
bagi seorang teman
yang memberi kebahagiaan
dengan pertolongan Allah Yang Esa....
SYUKRAN JAZILAN ATAS SEGALA PENGORBANAN KALIAN- AIN, DIHA, LIEYA, K.NADIEA
MOGA KALIAN SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMATNYA...AMINN...