Sunday, 4 September 2011

Lelaki VS Perempuan

kenapa perempuan tidak pandai masak sentiasa menjadi perhatian,
lelaki tidak pandai menjadi imam tidak pula dipersoalkan,
kesalahan perempuan sentiasa kelihatan,
tetapi kekurangan lelaki sentiasa dipertikaikan,
walaupun sudah nampak terang-terangan,
perempuan pula terpaksa menanggung kesalahan,
menghadapi kerenah lelaki yang tidak pernah faham.

kalau perempuan malas boleh la tahan,
kalau lelaki mahu marah sebab tak tahan,
makan pakai suami tidak dipedulikan,
perempuan patut mengambil perhatian,
kadang-kadang lelaki akan berpaling kerana perangai perempuan,
bila lelaki sudah buat hal barulah perempuan duduk tak diam.

ada pula lelaki yang mahu berpoligami sebab keseronokan,
katanya aku berkemampuan,
tetapi nafkah isteri jarang dipenuhkan,
hutang sendiri pun keliling pinggang,
memang dasar lelaki suka meniru orang,
sedangkan isteri pun tak terlayan,
tidak pula dia orang ianya bukannya keperluan,
sebab tidak mampu mahu teruskan hidup tanpa wang,
mahu menyara hidup pun kadang-kadang tidak cukup seharian,
jadi cubalah muhasabah diri apabila bersendirian.

hendak ccari yang soleh dan solehah,
tapi diri sendiri masih toleh dan tolehah,
pilihan pula bukannya betul-betul tepat,
jadi cuba luangkan masa dengan beribadah,
ini tidak, tiada kerja suka mengumpat,
tidak pernah fikir dosa yang dapat.

ada pula yang terpedaya dengan pujukan,
kerana kecantikan juga yang menjadi pilihan,
bukannya agama yang menjadi keutamaan,
bila sudah berkahwin barula pecah tembelang,
 suami hidung belang isteri pula berlaku curang,
tidak mampu pula menghadapi cabaran,
maka perceraian menjadi penyelesaian...

No comments:

Post a Comment